13 May 2014

Kena Panah

Saya belum pernah baca buku Rich Dad Poor Dad tetapi kata-kata yang saya ambil daripada apps RDPD Summary ini buat saya rasa dipanah tepat di dada. Ouchhhh!

Setakat ini tidak ada yang komplen sangat bila saya downgrade Astro kecuali Bang Ngah yang tak puas hati bakal tidak dapat menonton Piala Dunia. Saya bagi tahu dia yang perlawanan semuanya bakal berlangsung semasa waktu kita tidur dan dia terima penjelasan saya.

Kakak masih tetap gembira dengan saluran Korea dan Bang Chik serta Ziyad masih ada saluran Ceria dan Disney XD. Yang paling banyak kesan rupanya adalah saya sendiri kerana tiada lagi saluran sukan dan movie. Tak mengapalah kerana saya sendiri jarang pun tengok tv.

Ada beberapa langkah kecil yang perlu saya buat segera. Bila saya dah buat akan saya ceritakan di sini ya.

Ps - macam tulis surat pula - ada satu lagi langkah drastik yang isteri saya dok merayu jangan buat. Saya sendiri pun masih 50-50!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

Ayu Mohamad said...

Akhirnya ku jumpa jugabkwn lama ;)

Mahani said...
This comment has been removed by the author.
Mahani said...

Good quote from Robert Kiyosaki. Tq for sharing.