29 May 2014

Jawab Komen Gaji dan Bil

Entri khas menjawab pertanyaan Tuan Tak Bernama 5.45 pagi dalam entri sebelum ni.
Tangguhkan bayaran bil sekiranya pendapatan sedia ada tidak cukup setelah ditolak 10% ke dalam tabungan. Tangguh bayar bil bukan bermakna tidak akan membayar. Maknanya utamakan tabungan untuk kecemasan dahulu. Tabung  kecemasan ini mesti diisi setiap bulan sehinggalah tabung tersebut sekurang-kurangnya bersamaan dengan
 jumlah 3 bulan pendapatan. Minima 3 bulan pendapatan ini sekiranya saya memilih untuk terus makan gaji. Akan datang sekiranya saya bertekad untuk bersara awal, tabung kecemasan ini mesti diisi sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berhenti.
Tentang bil sedia ada yang tidak dapat dibayar sekarang pula ada dua perkara :-
1) Usahakan cari duit untuk bayar bil tersebut dengan cara lain selain gaji.
2) Usahakan supaya bil akan datang di tahap kita mampu bayar.
Masalah utama di sini sebenarnya ialah perbelanjaan melebihi pendapatan sehingga tidak mampu menabung walau hanya 10 % sahaja daripada pendapatan setiap bulan. Itu masalah yang selama ini saya hadapi. Saya tidak ada disiplin untuk kekalkan tabungan saya dan juga saya tidak pernah ambil pusing berapa perbelanjaan saya yang sebenar dalam sebulan. Apabila kad kredit semakin meningkat hutangnya dan tabungan simpanan semakin kecil jumlahnya, secara otomatik itu bermakna yang saya berbelanja melebihi pendapatan saya.
Sebenarnya saya telah menyedari perkara ini sudah lama tetapi tidak pernah mengambil apa-apa tindakan. Bagi saya, nanti bila isteri saya dan saya naik pangkat, semua masalah ini akan selesai. Lagipun kami kan orang Gomen, jadi tak simpan pun tak apa sebab nanti bila pencen akan dapat duit gratuiti. Saya sudah naik pangkat 2 kali dan semasa kenaikan pangkat saya yang terakhir, gaji saya naik hampir dua ribu ringgit. Rupanya, sebelum dapat gaji baru lagi saya telah tambah hutang baru terlebih dahulu. Naik pangkat tinggi mana pun tak akan cukup!
Sekarang ini baru saya tersedar dan nampak keadaan sekeliling saya. Ada ramai yang kekal bekerja hingga umur pencen kerana terpaksa. Saya tidak mahu jadi begitu! Kalau saya kekal bekerja dengan Gomen ini sehingga ke umur pencen hendaklah kerana saya sendiri yang mahu bekerja dan bukannya kerana terpaksa bekerja untuk membayar pihak lain (bil-bil dan hutang).
Kepada yang baca entri ini dan sedang bekerja makan gaji, apakah komen Tuan/Puan? Adakah Tuan'Puan berpandangan sama dengan yang saya nyatakan dalam entri ini? Maksud saya - gaji bertambah kononnya masalah akan selesai tetapi sampai sekarang kekal berhutang? Komen secara anonymous jika tidak mahu orang tahu identiti anda ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

Anonymous said...

Sebagai org yg makan gaji, termasuk sy sendiri, kita sedia maklum berapa jumlah duit yg akan kita dpt hujung bulan. Jadi sebarang perbelanjaan boleh dicongak terlebih dahulu, kecuali kecemasan. Sifirnya mudah bukan?

Tapi, yg sering menjadi masalahnya apabila perbelanjaan melebihi pendapatan. Dah tentu balance sentiasa merah. Salah satu punca utamanya, berbelanja ikut ~ what i want, dan bukannya what i need ~. Tambah pula skrg dah boleh buat pembayaran dlm masa 12 bulan tanpa sebarang faedah dikenakan untuk membeli smartphone yg terkini, sedangkan telefon masih elok lagi. TV 32 inci yg dibeli 2 tahun lepas masih elok, tapi bila ada offer tv 50 inci, terasa mudah benar nak gunakan credit card di tangan.

Sebagai org makan gaji, kita sedar yang kita tidak akan jadi jutawan. Gaji yg dapat cukup sekadar untuk belanja rumah, pergi bercuti sekali sekala dan buat savings di hari tua. Untuk mencapai financial freedom di usia muda dan bersara tika umur 50 tahun, dengan perbelanjaan yg sedia ada, bak kat Tuan, nak savings 10% tiap2 bulan pun susah, ianya memerlukan satu anjakan paradigma yg disusuli dengan langkah dan displin yg tinggi.

Langkah mudah yg sy pelajari, kalau dengan gaji yg diterima setiap bulan (aktif dan pasif) membolehkan kita pakai Toyota Camry 2.0, instead kita pakai Toyota Vios basic spec. Dan kalau mampu bercuti ke London, kita ke Langkawi. Memang boleh simpan banyak Tuan, huhu... Insya Allah.

Anonymous said...

Kalau membayar hutang berbentuk simpanan misalnya ASB adakah untung mengikut pandangan tuan? Sebab saya rasa untuk mereka yang tidak disiplin untuk menyimpan secara tetap setiap bulan maka adalah lebih baik membuat pinjaman untuk simpanan. Hanya andaian saya... Mungkin tuan boleh kupas isu ini..

Lan Rambai said...

Anon 7.08pm. .. sifir memang mudah tetapi ramai yang gagal termasuk saya. Alhamdulillah sekarang ini sudah sedar.
Anon 7.25m. ... saya pernah buat loan ASB semasa zaman dividen ASB 13% dan faedah pinjaman 11%. Saya hanya bertahan beberapa tahun sahaja dan batalkan pinjaman dalam keadaan dividen sudah jadi kurang daripada 10% sedangkan faedah pinjaman tetap 11%. Insya Allah saya akan cerita pengalaman saya buat loan ASB dan juga Unit Trust