9 May 2014

Langkah 1b - Takaful Lagi

Hari ini baru aku sedar yang sumbangan keluarga aku terhadap beberapa syarikat takaful adalah sebanyak RM609 setiap bulan! Sumbangan yang besar untuk pulangan yang tak seberapa pun.

Aku harap minggu depan aku dapat selesaikan urusan beli takaful perlindungan kematian sahaja yang jauh lebih murah. Sebaik sahaja polisi baru aktif, semua takaful sedia ada akan ditamatkan.

Perunding takaful/insurans biasanya adalah orang yang tamak. Orang yang tamak selalu rugi. Kenapa aku kata begitu? Lain kali aku cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: