Dapat hadir konvensyen ini dengan harga RM1 sahaja dengan menggunakan kuota bekas peserta kursus hartanah Abang Ensem pada 1 Mei lepas. Memang berbaloi sungguh sebab nilai makanan yang dapat pun dah cukup tinggi berbanding dengan pelaburan yang diberi. Itu baru banding dengan makanan belum banding dengan ilmu yang ditadah. Memang sangat bermanfaat.
Walaupun konvensyen ini adalah konvensyen cari rumah tetapi saya masih jauh lagi untuk layak membeli rumah lagi. Selagi hutang sedia ada tidak dikurangkan dan dana kecemasan bernilai 6 bulan kos perbelanjaan berjaya dibentuk, saya tidak boleh menempa bala dengan membuat sebarang pelaburan baru.
Kegopohan dan kesilapan masa lalu tidak boleh diulangi kerana umur semakin meningkat. Ingat tu Roslan!
No comments:
Post a Comment