Nak pilih nama untuk daftar perniagaan bukan semudah isi borang letak 3 nama dan menyerahkan kepada pegawai SSM untuk pilihkan bagi pihak kita. Itu kesilapan yang saya pernah buat 3 tahun lepas. Masa itu, semasa nak isi borang di pejabat SSM baru saya tahu kita mesti letakkan 3 pilihan nama dalam borang permohonan. Oleh kerana tidak ada persediaan, saya hentam saja letak lagi dua nama selain nama yang sudah dirancang sebelum pergi. Akibatnya, SSM perakukan nama yang saya main letak itu. Untuk kali ini, saya perlu lebih banyak persediaan sebelum daftar.
Di Facebook saya, ada yang cadangkan guna nama sendiri. Saya pun tak tahu apa sangkut paut nama saya dengan kemajuan bangsa saya. Katanya ramai orang Melayu yang malu dengan nama sendiri sebab tu tak nak guna. Contoh yang diberi adalah Limkokwing University. Entah kenapa, saya terus teringat Vincent Tan itu cina tetapi syarikat dia guna nama Berjaya. Walaupun perkataan "Berjaya" itu adalah Bahasa Melayu, saya tak ada pulak rasa bangga sepertimana saya juga tidak rasa kita perlu guna nama Melayu kita sebagai tanda kita bangga dengan bangsa kita. Oh ya, Ananda Krishnan juga tidak guna nama dia sendiri.
Ya, memang ramai yang guna nama sendiri. Even Irfan Khairi pun ada syarikat yang guna nama dia sendiri. Contoh lain ialah Amin Idris. Akan tetapi saya percaya mereka guna nama sendiri untuk sebahagian sahaja daripada perniagaan yang mereka ada. Mereka guna nama sendiri kerana perniagaan tertentu memang perlu guna kekuatan nama individu tersebut. Mereka boleh dianggap sebagai selebriti, title selebriti itulah yang digunakan untuk melebarkan sayap mereka dalam bidang tertentu. Kalau saya guna nama seperti Roslan Ahmad Global Ventures, who is this Roslan???
Saya sering baca tentang "Begin with the end of mind". Dalam buku 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey, habit ini diletakkan sebagai habit kedua. Ia lebih kurang bermaksud, sebelum buat sesuatu, kita mesti dah rancang apa pengakhiran kepada perkara yang hendak kita laksana itu. Dalam pemilihan nama perniagaan atau syarikat, saya sudah nampak apa pengakhiran kepada perniagaan tersebut iaitu.....jeng jeng jeng (RAHSIA BESAR). Yang pasti, Roslan Ahmad Universiti bukanlah apa yang saya nampak di penghujung perniagaan saya. Selain itu, saya juga tidak mahu perniagaan atau syarikat itu mati sekali dengan saya bila saya mati nanti.
PS - Saya masih belum dapat muktamadkan nama untuk didaftarkan dengan SSM...uwaaaaaaaaaaa
PS - Saya masih belum dapat muktamadkan nama untuk didaftarkan dengan SSM...uwaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment