Dah lama saya cuba dapatkan domain nama saya ini. Sejak dulu lagi sentiasa ada Roslan Ahmad lain yang telah beli. Akhirnya saya dapat juga domain tu hari ini...Alhamdulillah. Semoga nama domain ni dapat kekal dengan Roslan Ahmad yang ini pula.
Sebenarnya pagi tadi semasa memandu kereta ke pejabat, kepala hotak saya ligat memikirkan tentang bagaimana cara untuk saya jual novel-novel cinta kepunyaan isteri saya yang berlambak-lambak di rumah. Novel-novel tersebut dah lama terbiar tak ada siapa yang peduli lagi. Novel cinta kan, mana ada yang ulang baca. Jadi saya nak jual semua novel tu. Manalah tahu boleh cukup untuk buat bayaran muka beli rumah ke. Daripada penuhkan rumah, baik dijual.
Dah terlanjur saya nak jual novel-novel tu, saya pasti ada ramai lagi orang lain yang macam saya iaitu mempunyai lambakan buku-buku yang telah lama dibaca tetapi sayang dibuang. Fikir punya fikir...tiba-tiba keluar mentol atas kepala...apa kata kita buat satu laman web yang boleh dijadikan platform orang menjual dan membeli buku-buku terpakai. Bila sampai di pejabat, saya google "jual beli buku terpakai", "jualan buku terpakai" dan ayat-ayat yang sama waktu dengannya. Surprisingly, kebanyakan laman web yang terpapar adalah menggunakan BlogSpot. Pesan sifu saya, kalau nak buat bisnes/platform secara online, tidak boleh guna hosting percuma seperti BlogSpot, Wordpress dan sebagainya. Jadi saya cepat-cepat cari website jualan domain dan akhirnya saya telah beli domain www.jualbelibukuterpakai.com
Selepas dah berjaya beli domain tu saya teringat nak semak domain nama saya ada ke tak. Alhamdulillah ada. Terus saya beli dengan harga yang murah gila, cuma RM10 setahun. Tetapi saya pelik, kalau beli 2 tahun RM40 pulak. Rupanya RM10 tu untuk tahun pertama sahaja. Jadi saya beli setahun sahaja dululah. Harap-harap tahun depan harga untuk sambungan jadi murah.
Berkenaan www.jualbelibukuterpakai.com tu pula.....saya beli dulu tetapi saya belum tahu lagi cara nak buat website pun lagi ni. Dalam kepala ni ada pelbagai benda yang saya bayangkan tentang website tu nanti. Saya akan cuba untuk bangunkan sendiri dulu. Kemungkinan untuk saya upah orang untuk buatkan itu tetap ada tetapi saya rasa saya lebih suka kalau ada yang dapat ajar saya secara hands-on untuk hasilkan semua yang saya nak di dalam laman web. Saya percaya di luar sana pasti ada orang yang boleh buat apa yang saya nak dan saya bertekad untuk bayar orang tersebut untuk tunjuk ajar saya bagaimana nak buat. Agak-agaknya berapa kos untuk ajar saya personally membina sebuah laman web berkualiti tinggi ya?
Oh ya...saya berjaya guna url baru ini dengan bantuan laman web INI.
No comments:
Post a Comment