9 Jun 2014

Kerak Nasi Yang Salah?

 
Ada kawan lama saya maklumkan tentang teknik snowball ini selepas dia baca blog ini. Rupanya ada 2 cara untuk selesai hutang. Selama ni saya hanya tahu teknik bayar hutang yang paling tinggi kadar faedahnya dahulu. Teknik snowball ini pula
selesaikan hutang yang kecil dahulu.
Kebetulan hutang terkecil saya memang yang paling tinggi kadar faedahnya jadi saya boleh panggil ia teknik Express Snowball!
Terima kasih buat kawan saya yang hidup bebas hutang sejak tahun 2000 lagi. Kalaulah pada tahun lepas kawan saya itu maklumkan pada saya yang dia hidup bebas hutang, pasti saya akan kata, "hang bolehlah, sekali berucap orang bayar beribu". Rupa-rupanya ribuan atau ratusan ringgit bukan penyebab kita bebas hutang atau tidak tetapi yang lebih penting, jangan bagi nasi kita berkerak. Bukan kerak yang merosakkan nasi tetapi tangan yang mengawal dapur harus berjaga selalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Anonymous said...

yes Tuan, yg paling terpenting dlm perkara ini adalah kata kunci "debt-reduction strategy".

dlm erti kata lain, teknik ini hanya akan berjaya sekiranya tiada perbelanjaan tambahan dibuat yang akan menambahkan hutang tersebut.

contoh terbaik adalah credit card. kalau kita komited dok bayar tiap2 bulan, tp still continue guna, mmg tak mujarab teknik ni :D

Azwan said...

Gaji besar hutang besar, gaji kecil hutang kecil. Kalau gaji kecil hutang besar, memang masalah besar. Kecil atau besar hutangnya bukanlah sebab kita tak cukup duit, tapi sebab kita tak cukup pandai urus duit. Memang hutang paling kecil biasanya hutang paling tinggi intrest, biasanya kad kredit. Kaedah snowballing effect tu memang sesuai untuk langsaikan hutang secara ekspress.