5 Jun 2014

Duit Terpijak!


Screenshot di atas saya ambil daripada email Irfan Khairi (IK) yang saya subscribe. Sebiji terkena pada saya. Minggu lepas saya dapat rezeki terpijak. Hasil saya tamatkan perlindungan takaful + "simpanan" saya tempoh hari, adalah sedikit pulangan yang saya dapat balik. Tak lah rugi banyak.. kurang
 sekitar RM4,000 daripada jumlah sumbangan yang telah saya berikan selama 13 tahun. Jika tidak kerana saya dah pernah keluarkan sebahagian beberapa tahun yang lepas, mungkin saya boleh kurangkan kerugian tu. Walaubagaimanapun, semoga Allah kurniakan pahala pada sumbangan yang dapat digunakan membantu pemegang polisi yang telah ditimpa musibah.

Berbalik kepada isi email IK di atas, Alhamdulillah duit pulangan takaful tu dah selamat saya salurkan ke tempat lain iaitu kurangkan hutang kad kredit. Kalau ikutkan sepatutnya saya boleh bayar habis hutang kad tu dengan semua duit yang saya dapat, tapi....bak kata orang putih.. old habits susah mau hilang maaa. Sebelum sempat bayar kad, saya dah terguna dulu. Guna untuk bayar bil dan beli hadiah ulang tahun perkahwinan yang saya cerita sebelum ni. Kira ok lah kan.

Andai saya dapat duit tu 6 bulan yang lepas......mungkin saya dah habiskan dengan konvoi satu Semenanjung!

Oh ya... di sebelah kanan ni saya ada letak link ke ebook dan buku yang sangat bagus untuk kita. Jenguk-jenguklah ya. Ada banyak benda yang lepas kita baca, pasti kita akan menyumpah diri sendiri..... Kenapa benda macam ini punya senang pun aku tak tahu hah!?  atau... Betul lah sangkaan aku selama ni.. tapi kenapa aku tak buat hah!?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah Tuan. Tentang credit card tu, saya cadangkan Tuan gunting ja. Takut2 nanti terguna di kemudian hari. Simpan satu utk emergency. Mcm Tuan kata juga, old habits die hard :)

Lan Rambai said...

Saya memang ada satu sahaja kad kredit. Nak gunting sayang hehehe. Lagipun kad kredit berguna untuk mudahkan pembelian buku secara online di MPH.

Saya kena kuatkan disiplin untuk tidak pakai kad ini kecuali untuk beli buku di MPH online!

Anonymous said...

bro utk urusan online & emergency boleh pakai debit card. Duit kita bukan bank.

Lan Rambai said...

Baik..satu cadangan yang bernas. Akan diuruskan dalam masa terdekat