10 Jun 2014

Pra Pembukaan www.jualbelibukuterpakai.biz

Ada banyak buku dan novel terpakai yang memenuhi ruang di rumah anda?
Tidak tahu mana nak letak buku-buku tersebut?
Rasa macam nak bakar sahaja buku-buku dengan raknya sekali?
Nak derma di perpustakaan sekolah pun tidak lagi diterima?
Nak dapat DUIT daripada buku-buku yang dah lama habis dibaca itu?

Sekiranya jawapan kepada semua soalan di atas adalah YA (terutama sekali untuk soalan yang terakhir), kami ingin ucapkan  tahniah kerana akhirnya anda telah berjumpa dengan kedai maya yang masih di peringkat mengumpulkan buku-buku terpakai ini. Kami sedang mencari buku-buku terutama novel terpakai untuk dijual semula. Harga maksima yang kami tawarkan untuk buku-buku terpakai Tuan-Puan adalah seperti berikut:-

A)  Kategori Novel Bahasa Melayu
      i)   Melebihi 500 halaman - RM7/sebuah
      ii)  250 - 500 halaman - RM5/sebuah
      iii)  Kurang 250 halaman - RM3/sebuah

B)  Kategori Novel Bahasa Inggeris
      i)  Melebihi 500 halaman - RM5/sebuah
      ii) 250 - 500 halaman - RM4/sebuah
      iii) Kurang 250 halaman - RM3/sebuah

C)  Buku-buku Motivasi dan Peningkatan Diri Bahasa Melayu dan Inggeris - RM5/sebuah
D)  Buku-buku Lain* Bahasa Melayu dan Inggeris - RM3/sebuah
      (Buku teks dan persekolahan tidak diterima)

Pembelian buku dan harga sebenar yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pemilihan oleh pihak kami berdasarkan kepada kualiti keadaan fizikal buku tersebut sahaja. Contoh pemeriksaan kualiti fizikal adalah seperti kecukupan halaman dan kerosakan yang minima yang tidak menjejaskan pembacaan buku tersebut. Pihak kami tidak akan membuat semakan terhadap kualiti penulisan dan isi kandungan buku. Walaubagaimanapun, buku-buku yang popular mungkin akan memberi kelebihan untuk dipilih.

Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk menjual kepada kami buku-buku terpakai, bolehlah menghubungi kami di 013-6741585 atau email ke jualan@jualbelibukuterpakai.biz Buat masa ini, tempat kutipan adalah sekitar Lembah Klang sahaja.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan ke pertanyaan@jualbelibukuterpakai.biz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Tuan di atas langkah permulaan yang positif untuk merealisasikan kedai maya jualbelibukuterpakai. boleh saya mencadangkan di samping Tuan menyediakan laman web tersebut, Tuan juga boleh war2kan di laman fb seperti laman2 berikut:

https://www.facebook.com/groups/jualbukuonline/

https://www.facebook.com/groups/578330538873569/