29 May 2014

Jawab Komen Gaji dan Bil

Entri khas menjawab pertanyaan Tuan Tak Bernama 5.45 pagi dalam entri sebelum ni.
Tangguhkan bayaran bil sekiranya pendapatan sedia ada tidak cukup setelah ditolak 10% ke dalam tabungan. Tangguh bayar bil bukan bermakna tidak akan membayar. Maknanya utamakan tabungan untuk kecemasan dahulu. Tabung  kecemasan ini mesti diisi setiap bulan sehinggalah tabung tersebut sekurang-kurangnya bersamaan dengan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 May 2014

Gaji dan Bil

Dalam entri semalam, kesimpulan terakhir yang saya tulis ialah saya malas nak bayar bil. Share di facebook dan ada beberapa komen yang saya rasa ditulis tanpa baca entri di blog ni pun huhuhu. Antara komen yang menarik minat saya ialah.....First Thing First. Saya ada tanya balik apa maksud First Thing First tu tetapi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 May 2014

Bil Bil Bil

Hari ini saya telah dapat pengesahan untuk hadir ke dua acara yang tak mungkin saya akan pergi jika peluang itu datang 6 bulan yang lepas. 7 Jun saya akan ke Konvensyen Cari Rumah (KCR). 22 Jun pula ke Seminar "Retire Rich Retire Young" (RRRY). Kedua-dua acara ini saya berminat untuk pergi kerana Azizi Ali. Azizi Ali salah seorang daripada 5/6 pembentang semasa KCR dan program RRRY memang program yang dia buat.

Nama dan buku Azizi Ali saya dah lama tahu tapi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 May 2014

Selfie Dengan Ayah

Saya suka selfie dengan ayah saya yang comel huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 May 2014

Insurans/Takaful Pendidikan Terbaikkkk

Kita beli insurans kenderaan setiap tahun sebelum bayar cukai jalan. Tanpa insurans, cukai jalan kereta tak boleh dibuat maka kenderaan kita pun jadi tak layak untuk duduk atas jalan. Andai anda diberi pilihan untuk tidak membeli insurans kenderaan ini, adakah anda akan beli? Ada yang akan beli kerana mahukan perlindungan tetapi saya yakin ramai yang tidak akan beli. Jadi, ramai antara kita yang beli insurans kenderaan kerana terpaksa. Sebagai insentif, kita akan diberikan NCD/NCB untuk pembelian insurans tahun berikutnya sekiranya kita tidak membuat sebarang tuntutan. Andai kenderaan kita itu terlibat dalam kemalangan barulah kita "untung" sebab insurans yang akan tanggung. Tapi NCD/NCB kita akan jadi 0 semula. Kita kena beli insurans dengan harga penuh balik.

Memandangkan insurans nyawa tidak diwajibkan, maka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 May 2014

Langkah 1F - Tamatkan Takaful Lagi

Hari ini saya tamatkan pelan takaful+simpanan yang berusia hampir 13 tahun. Andai jumlah sumbangan yang saya telah berikan selama ini diletakkan dalam ASB atau Tabung Haji, boleh beli kereta terpakai secara tunai ni.
Walaubagaimanapun, minah yang uruskan penamatan polisi saya malas sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 May 2014

Langkah 1E - Tamatkan Takaful Pendidikan

Tadi saya pergi tamatkan takaful pendidikan semua anak saya. Rasa rugi sangat kerana amaun yang bakal dipulangkan lebih kurang separuh sahaja daripada jumlah sumbangan yang telah dibuat.
Rugi yang dimaksudkan bukanlah rugi kerana tamatkan polisi tersebut tetapi kerana rugi tidak tamatkan lebih awal dan juga rugi tidak tahu lebih awal yang takaful/insurans pendidikan hanyalah bertujuan untuk kayakan syarikat.
Amaun yang sama jika diletakkan dalam tabung haji masing-masing, dah boleh pergi haji kami semua anak-beranak serentak. Walaubagaimanapun, semoga semua wang ringgit yang hilang itu digantikan dengan pahala membantu semua yang ditimpa musibah dan mendapat bantuan dari syarikat takaful tersebut.
Ada ramai yang bertanya di Facebook mengapa saya tamatkan takaful pendidikan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 May 2014

Langkah 1D - Pemilihan Ejen

Ejen takaful yang saya pilih cuma ada 3 kriteria ini sahaja:-

1) Paling cepat
2) Tidak tawarkan sedikit pun "kelebihan" yang lain selain daripada apa yang saya telah tetapkan.
3) Ejen sepenuh masa

Itu sahaja.

Ramai yang tamak dan gagal patuhi permintaan yang mudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 May 2014

Pelan Tindakan 2014

Baru lepas selesai buat senarai Things To Do. Sengaja ambil gambar yang kabur tetapi pelan ini tidak kabur di dalam buku tindakan dan nota saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 May 2014

Langkah 1C - Takaful

Petang tadi, setelah meneliti beberapa cadangan daripada ejen-ejen takaful sejak minggu lepas, saya dan isteri telah selamat menyertai skim takaful khairat kematian dan keilatan kekal tanpa sebarang skim pelaburan atau simpanan dan sebagainya. Bayaran bulanan skim ini adalah lebih rendah daripada skim takaful dengan simpanan yang telah lama kami sertai. Lebih kurang 10 tahun. Semua skim sedia ada ini akan saya tamatkan minggu depan.
Mengapa saya ingin tamatkan skim takaful
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 May 2014

Kena Panah

Saya belum pernah baca buku Rich Dad Poor Dad tetapi kata-kata yang saya ambil daripada apps RDPD Summary ini buat saya rasa dipanah tepat di dada. Ouchhhh!

Setakat ini tidak ada yang komplen sangat bila saya downgrade Astro kecuali Bang Ngah yang tak puas hati bakal tidak dapat menonton Piala Dunia. Saya bagi tahu dia yang perlawanan semuanya bakal berlangsung semasa waktu kita tidur dan dia terima penjelasan saya.

Kakak masih tetap gembira dengan saluran Korea dan Bang Chik serta Ziyad masih ada saluran Ceria dan Disney XD. Yang paling banyak kesan rupanya adalah saya sendiri kerana tiada lagi saluran sukan dan movie. Tak mengapalah kerana saya sendiri jarang pun tengok tv.

Ada beberapa langkah kecil yang perlu saya buat segera. Bila saya dah buat akan saya ceritakan di sini ya.

Ps - macam tulis surat pula - ada satu lagi langkah drastik yang isteri saya dok merayu jangan buat. Saya sendiri pun masih 50-50!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Langkah 2 - Astro

Demi untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan, saya telah "downgrade" pakej Astro daripada Superpack kepada Family Pack sahaja. Pengurangan yang saya dapat adalah sebanyak RM80 sebulan. Langkah ini saya anggap satu langkah yang drastik kerana Piala Dunia Brazil hanya sebulan sahaja dari sekarang! Drastik kerana semua yang kenal saya pasti tahu betapa rajinnya saya menonton siaran langsung bolasepak.
Mungkin ada yang akan membuat andaian saya sedih Liverpool gagal menjuarai BPL sehingga mendorong keputusan ini dibuat. Tidaklah. Ya saya sedih tapi tidak sampai menjadi asbab tindakan ini diambil. Liverpool juara pun saya tetap buat perkara yang sama.
Saya akan sambung balik pakej sukan Astro sekiranya "net worth" saya menjadi positif.
Semoga angka negatif sekarang akan bertukar jadi positif dengan segera kerana Liverpool akan bermain di Liga Juara Eropah. Takkan nak keluar ke kedai mamak pukul 3 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 May 2014

Lemas Perot

Malas sungguh nak layan. Mujur hanya di ruang chat FB. Kalau diajak berjumpa ni lagi teruk barangkali. Ini yang aku kata ada ejen takaful yang tamak. Dah diberi peluang untuk dapat pelanggan yang menyerah diri, mereka cuba untuk dapatkan komisen yang lebih tinggi lagi.

Oh ya, jangan sekali-kali minta pendapat tentang sesuatu produk daripada si penjual produk tersebut.

Pengubahsuaian kepada takaful yang aku ambil adalah langkah pertama untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan. Langkah kedua lebih drastik lagi. Tungguuuuu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 May 2014

Langkah 1b - Takaful Lagi

Hari ini baru aku sedar yang sumbangan keluarga aku terhadap beberapa syarikat takaful adalah sebanyak RM609 setiap bulan! Sumbangan yang besar untuk pulangan yang tak seberapa pun.

Aku harap minggu depan aku dapat selesaikan urusan beli takaful perlindungan kematian sahaja yang jauh lebih murah. Sebaik sahaja polisi baru aktif, semua takaful sedia ada akan ditamatkan.

Perunding takaful/insurans biasanya adalah orang yang tamak. Orang yang tamak selalu rugi. Kenapa aku kata begitu? Lain kali aku cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 May 2014

Langkah 1 - Takaful

Sedang kumpul sebut harga perlindungan takaful atas kematian sahaja.

Terasa sangat membazir dengan pelan takaful sedia ada. Sebulan RM107.75 untuk pelindungan hanya RM75,000. Pelan ini akan ditamatkan sejurus pelan baru dibeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 May 2014

Konvensyen Pejuang Hartanah

Aku adalah sebahagian daripada sejarah. Puas menyerap pelbagai ilmu sepanjang siang tadi.

Hari 1

Azizi Ali mengaku tidak pernah tengok tv.
Iron Lady juga seorang pemaju perumahan rupanya.
Sr Sulaiman dari Rahim & Co dengan statistik yang penting.
Ahyat....presentation power gila sampai semua mikrofon habis bateri.
Cr Fadzli Unic mengetuk hati.
Master Yus yang suka jual ikan.
Fauzul bagi tips penting tentang Johor.
Aku letih tapi suka.

Hari 2

Lawyer Khairul seorang penulis novel cinta
DSR penuh isi teknikal
Coach Bahar dengan impian serai pisang dan mangga
Tuan Khairudin adik ipar Mikail Ho
Rohaniah Nor yang poyo huhu
Ahyat sebagai penutup dengan kembara Eropah dan peta Greater KL

Aku?

Teringin berucap atas pentas yang sama 5 tahun dari sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...