23 May 2014

Insurans/Takaful Pendidikan Terbaikkkk

Kita beli insurans kenderaan setiap tahun sebelum bayar cukai jalan. Tanpa insurans, cukai jalan kereta tak boleh dibuat maka kenderaan kita pun jadi tak layak untuk duduk atas jalan. Andai anda diberi pilihan untuk tidak membeli insurans kenderaan ini, adakah anda akan beli? Ada yang akan beli kerana mahukan perlindungan tetapi saya yakin ramai yang tidak akan beli. Jadi, ramai antara kita yang beli insurans kenderaan kerana terpaksa. Sebagai insentif, kita akan diberikan NCD/NCB untuk pembelian insurans tahun berikutnya sekiranya kita tidak membuat sebarang tuntutan. Andai kenderaan kita itu terlibat dalam kemalangan barulah kita "untung" sebab insurans yang akan tanggung. Tapi NCD/NCB kita akan jadi 0 semula. Kita kena beli insurans dengan harga penuh balik.

Memandangkan insurans nyawa tidak diwajibkan, maka
tidak ramai yang mahu membeli insurans. Nak buat apa bayar pada insurans duit titik peluh setiap bulan tetapi bila tempoh dah matang dan kita tak mati lagi, semua duit itu akan hangus. Sama seperti duit yang kita guna untuk bayar insurans kenderaan, setiap tahun duit premium insurans kita akan hangus begitu sahaja. Oleh kerana tidak ramai yang nak beli insurans, maka, syarikat insurans terpaksa menjadi lebih kreatif. Maka wujudlah insurans pendidikan, insurans dan simpanan, insurans kekayaan, insurans pelaburan dan sebagainya.

Sebagai ibubapa yang prihatin, ramailah antara kita yang berminat untuk membeli insurans pendidikan, betul tak? Secara amnya, duit sumbangan kita setiap bulan akan dimasukkan ke dua tabung. Satu untuk insurans, satu lagi untuk simpanan pendidikan anak. Yang menariknya, sekiranya ibu atau bapa yang mencarum dalam insurans pendidikan ini ditimpa musibah tertentu, maka sumbangan ini akan disambung secara percuma sehingga ke tempoh matang yang telah ditetapkan. Kita juga dijanjikan, setelah tempoh matang sampai, kita akan mendapat pulangan atas simpanan yang telah kita buat. Pulangan ini adalah TIDAK dijamin kerana setiap pelaburan yang dijamin keuntungannya tidak boleh dikategorikan sebagai patuh syariah. Eh.. saya sebut syariah pula ya... ini untuk takaful lah. Kalau insurans konvensional, keuntungan tetap tidak dijamin juga kerana syarikat insurans sendiri tidak tahu yang pelaburan yang bakal dibuat dengan duit simpanan kita tu akan menjana laba atau bala di kemudian hari.

Ok, kembali kepada persoalan asal tadi, andai kita diberi pilihan, adakah kita akan beli insurans kenderaan? Ya kerana saya mahukan perlindungan jika ada apa-apa kemalangan di kemudian hari ATAU Tidak, kerana saya tidak mahu menjadikan syarikat insurans kaya dengan duit saya yang diberikan tanpa apa-apa faedah kepada saya.... pandai-pandailah saya pandu kereta dengan sangat cermat supaya tidak kemalangan.

Atas sebab yang sama, ramai yang tidak mahu beli insurans. Kita kan tak mahu syarikat insurans itu kaya dengan duit kita? Kita berjanji akan jaga kesihatan dengan baik supaya lambat mati? (macamlah orang yang sihat tak pernah tiba-tiba mati) Walaubagaimanapun, apabila insurans diberi nilai tambah iaitu sebagai skim simpanan atau pelaburan yang dilindungi, ia jadi jauh lebih menarik berbanding dengan insurans semata-mata. Betul tak? Tiba-tiba kita rasa, insurans adalah yang perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup kita. Kalau kita mati cepat pun tak apa sebab dah ada pihak yang akan berikan sumbangan pada tabung pendidikan anak-anak kita. Sebagai ibu bapa, pendidikan anak adalah nombor Wahid dalam pemikiran kita,

Jadi....kalau anda tidak mahu berfikir dengan lebih panjang lagi, insurans pendidikan adalah yang terbaik. Silalah ambil tindakan sekarang. Pada yang masih juga nak tahu kenapa saya batalkan semua takaful pendidikan anak-anak saya, kena tunggu entri lain lah sebab saya dah tak tahan nak ke tandas ni. Lepas tu nak balik huhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Unknown said...

salam..kalau ibu meninggal.. bila anak nya boleh kluarkan duit insurance pedidikan tuu.. bila tarikh matangnya.. selalu saya dengar org cakap umur 21 tarkh matang yg boleh dikeluarkan.. umur saya 20 sekarang.. boleh x kalau keluarkan sekarang?? kalau boleh bagaimana caranya...

Lan Rambai said...

Saudara Farhan,

Maaf ya sebab saya bukan kerja dengan insurans atau takaful. Persoalan itu bolehlah dikemukakan pada syarikat insurans/takaful tersebut.