
Klik kat sini kalau korang nak jumpa aku.
Klik kat sini kalau korang nak calonkan aku hehehe.
Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia. Manalah tau.. bila dah ada kerja ni..
Rupa-rupanya….. dia nak mintak tolong carikan maklumat untuk tugasan dia. Ermmm.. takpelah.. maknanya ada jugak guna aku pada dia… Aku janji untuk tolong carikan maklumat tu dan memaklumkan bahawa aku sendiri akan menghantar benda alah tu guna tangan aku. Dia suruh guna tangan Pos Malaysia jer.. tapi aku tetap dengan pendirianku. Tangan Pos Malaysia tak best kata aku. Sukahati awaklah.. jawab dia sambil ketawa manja.
Petang itu…. ya petang dua puluh haribulan Oktober sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh lima yang bersejarah itu… aku bersama Mokh yang sedang membuat praktikal di firma tempat aku kerja, beriringan menuju ke Melawati dari Subang Jaya menggunakan motor cub kami. Aku naik EX5 aku… dia bawak EX5 dia.
Rupa-rupanya kawan Mokh ni perempuan… “Kenalkan.. ni Emy…. ni Lanrambai”. Entah kenapa…. Hati ini terasa seperti disentuh semasa aku pertama kali menatap wajah itu. Rasa berdebar yang amat sangat.
Keceriaanku sejak pagi kerana berjaya mencari maklumat yang dikehendaki S tiba-tiba bertukar dengan keterpesonaan aku menatap wajah mu Emy!
Sementara menunggu supir aku datang… sambil menghisap rokok… “Aku jumpa awek yang bakal buat mak aku suka lah tadik Kecik… Rasa malas pulak nak gi JB ni”. Kecik hanya sengih jer dengar cakap aku tu.
“Lan… kereta Atuk tayar pancat lah…. Dia tak jadik gi JB”….. Tak tahu kenapa.. aku jadi gembira mendengar perkhabaran itu.
Sejak malam itu… aku tak pernah hubungi S lagi. Dia ada menelefon beberapa kali bertanyakan maklumat yang dia mintak tolong tu… tapi aku tipu dia hidup-hidup. Aku kata aku tak dapat hahahahaha…. Baru padan muka dia.
Eja : Mama, maafkan Eja mama. Eja dah terlanjur dengan Zamri. Masa tu Eja tak tahan dengan godaan syaitan mama. Eja lupa pada mama. Sekarang ni Eja dah mengandungkan anak Zamri.Korang tahu tak kesudahan cerita ni? Tak tahu? Tulah.. korang sibuk mendengar komen dan kutukan pengkritik tetap Pusat Pendidikan Khayalan 5 yang pernah bertaubat gila-gila selepas balik dari umrah dulu-dulu tapi kembali aktif menyanyi akibat lagu duet beliau bersama penagih tegar menjadi kegemaran ramai semula setelah dinyanyikan oleh anak penyanyi yang seangkatan dengannya tu sampai tak ada masa nak tengok drama melayu yang sungguh menyayat hati ini. Sedih gila babi gua cakap lu. Dengan ujian DNA guna dekat segelen darah (kalau CSI pakai air liur ja). Dengan fesyen baju Eja yang macam penyanyi utama Boria tu. Dengan lagu sedih yang entah berapa kali jadi latar belakang. Dan yang paling mengkagumkan ialah kematian Jasmin dipilih sebagai penghujung cerita. Habis salah jangkaan aku bahawa Jasminlah yang akan menyatukan kembali Eja dengan si pak sanggup itu.
Mama: Hah! Takpelah. Mama akan pastikan si Zamri tu bertanggungjawab. Walaupun mama tak sukakan bapak dia, demi mengelakkan keluarga kita malu, mama sanggup berbesan dengan tua kutuk tak sedar diri si M. Rajoli itu.
Seminggu kemudian.
Eja: Mama, Zamri kemalangan! Dia dah meninggal!
Mama: Alamak.... malulah kita macam ni. Tapi bagus jugak. Tak payah mama berbesan dengan tua kutuk tak sedar diri M. Rajoli itu.
Seminggu kemudian. Malam pertama.....
Razman: Abang akan mencintai Eja sehingga ke akhir hayat abang. Percayalah. Abang dah lama cintakan Eja. Sejak kita di bangku sekolah lagi. Bila mama abang suarakan hasrat untuk bermenantukan abang, abang terus setuju. Lebih-lebih lagi, mama cakap boleh kahwin free.. lagilah abang happy.....
Eja: (Hanya tersenyum kelat.. dalam hati beliau menangis kerana baru kehilangan Zamri)
Lapan tahun kemudian.
Tua Kutuk M. Rajoli: Masa kamu kahwin dengan Eja dulu, dia mengandung anak Zamri. Dia mengandungkan Jasmin..... cucu aku.
Razman: Apa? Patutlah aku dapat kahwin free dulu.
Setengah jam kemudian.
Razman: Ko keluar dari rumah ini. Bawak anak haram tu sekali. Aku tak nak tengok muka korang lagi.
Kek kecik dan ringkas untuk dimakan kat rumah malam ni.
Selamat Hari Lahir Buat Abang Ngah!
Cepatnya budak-budak ni membesar! Dan.. aku masih rasa aku muda lagi :)
Kahwin? Cukur jambul budak ni lah..
Ziyad jangan nangis tauuuu...
Baik-baik pakcik.. kepala budak ni nak pakai lama!
Takkan tunjuk gambar Ziyad je. Abang Ngah dan
Abang Chik pun nak muncul kat blog ni jugak.
Beberapa detik sebelum proses pembotakan kepala bermula
Pembotakan guna mesin sedang berjalan
Susu terpaksa digunakan untuk menenangkan kepala Ziyad
Dapat susu terus lelap.. bagussssssss
Selesaiii..
Ohhh ya..... inilah kepala yang penuh air tu...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Anak itu berumur 5 tahun. Dia masuk pertandingan mewarna. Bersama dia ialah kakaknya yang berumur 10 tahun. Kakaknya tidak boleh bertanding kerana pertandingan itu hanya untuk yang berumur 6 tahun ke bawah. Sebaik sahaja lukisan yang perlu diwarnakan diterima, dia terus mengambil pensil warna dan mula mewarna. Bagi dia, apa-apa warna pun tak kisah. Pensil hijau yang dipegang ditenyeh ke muka tukang masak. Kakaknya terus menegur dan merampas pensil hijau itu dan memberikan pensil kuning cair. Selepas selesai muka itu diwarnakan, kakaknya dengan tenang memberikan tunjuk ajar warna apa yang perlu diguna untuk watak dan objek seterusnya.
Selepas setengah jam berlalu, ayah anak itu datang duduk bersebelahan anak-anaknya itu. Dilihatnya tak sampai separuh pun lukisan yang telah diwarnakan. Galakan diberi supaya anak ciliknya mewarna dengan lebih pantas. Tapi, budak seusia 5 tahun mana mungkin dapat mengagak dan merancang selaju mana dia perlu mewarna. Dia tetap dengan kelajuan yang sama. Mewarna lambat-lambat. Ayah yang melihat semakin resah. Kakak yang memberi panduan semakin gelisah.
Masa yang tinggal kini hanya 15 minit sahaja lagi. Si Kakak yang bimbang Si Adik gagal menyiapkan lukisan itu dengan sempurna mengambil keputusan untuk mengambil alih. Si Ayah pula membiarkan sahaja Si Kakak memberi "bantuan".
Masa mewarna tamat. Si Adik merasa sangat gembira kerana dia berjaya menyiapkan lukisan itu dengan bantuan Si Kakak. Si Kakak pula sangat gembira kerana dia yakin Si Adik akan berjaya mendapat kedudukan yang baik hasil pertolongannya. Si Ayah pula turut berbangga dengan hasil kerja kedua-dua anak kesayangan beliau itu. Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Si Adik dan Si Kakak. Mereka bertiga menuju ke gerai aiskrim berhampiran sementara menunggu keputusan diumumkan.