12 Nov 2014
Kriket Sdara - Perlawanan Sulong!
29 Oct 2014
Bank Hitam
Dulu....Saya pernah cuba buka akaun simpanan di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Rupanya saya telah disenaraihitamkan oleh bank tersebut kerana menjadi penjamin kepada orang yang tak reti bayar hutangnya.
Tahun lepas, masa saya beli kereta, jurujual kereta tersebut telah menghantar permohonan pinjaman kereta saya ke bank tersebut. Saya biarkan sahaja. Takkan saya nak beritahu saya ni bawah senarai hitam. Lagipun, saya pun nak tahu juga kot kot dah jadi putih balik ke. Tak lama lepas hantar permohonan, jurujual kata boleh dating tandatangan perjanjian kerana pinjaman kereta saya dah lulus. Wahhh.. saya sudah tidak hitam lagi...yehaaaa. Sekarang ni, pinjaman tersebut saya dah selesaikan dah pun sebab saya dah jual semula kereta yang saya beli tu.
Oleh kerana saya yakin saya dah jadi putih, saya bercadang nak buka akaun semasa di bank tersebut sebab ramai orang yang berurusan secara online menggunakan khidmat bank tu. Dah lama cadang pun tapi baru hari ini sempat hantar borang buka akaun. Itupun isteri saya yang hantarkan. Tengahari tadi dapat sms daripada isteri saya...Saya masih hitam lagi rupanya!
Betul kata orang....bank buat duit dengan cara bagi orang pinjam duit, bukan dengan duit yang orang simpan. Bagi pinjaman akan dapat pulangan melalui keuntungan atau faedah. Bagi orang simpan duit, bank kena bayar keuntungan atau faedah pada penyimpan pula. Lagipun, akaun simpanan atau semasa ni biasanya tempat duit duduk sekejap sahaja. Hari ini masuk gaji, kalau lepas seminggu masih ada separuh dalam akaun.... itu dah boleh jadi salah satu benda pelik di dunia kihkihkih.
28 Oct 2014
Kaya Hartanah?
Tahun 90an dulu, ramai yang gila main saham. Beli saham tanpa modal pun ada kerana masa tu ramai yang main kontra. Hari ini beli RM1, lepas seminggu jual balik RM2. RM1 yang asal tu tak ada pun lagi dalam akaun. Tiba-tiba gawat ekonomi datang. Beli RM1 jadi 20 sen. Ramai yang terduduk.
Sekarang ini, sudah tidak boleh labur dalam bursa saham tanpa duit dalam akaun macam dulu-dulu. Jadi tak banyak sangat orang yang cerita pasal jadi kaya tanpa modal main saham.
2010an pula, sektor hartanah pula ada banyak insentif hingga ada yang beli rumah tanpa modal. Ramai yang beli beli beli bagaikan harga semua hartanah yang kita beli masa dilancarkan itu pasti akan naik mencanak bila dah dapat kunci. Selagi ramai yang dalam mood beli beli beli ini, selagi itulah pemaju akan tingkatkan harga jualan.
Beli untuk tinggal sendiri tidak ada kesan sangat. Dapat kunci nanti, duduklah rumah baru.
Beli untuk jual balik? Anda yakin harga akan naik sampai bila-bila? Anda yakin ada yang akan beli dari anda 2/3 tahun akan datang?
24 Oct 2014
Nak Tulis Buku
Untuk tujuan rekod. .. saya telah nyatakan di Facebook pada 23 Oktober 2014 keinginan saya untuk tulis buku. Dalam salah satu balasan kepada komen yang diberikan, saya ada maklumkan yang buku akan siap dalam masa 3 tahun.
Doakan semoga 2017 buku ini berjaya dilancarkan.
15 Sept 2014
Garis Merah Kewangan
11 Sept 2014
Tanah Tumpah Darahku Terbiar
4 Sept 2014
Wasiat Bahagian Kedua
8 Aug 2014
Wasiat Bahagian Pertama
5 Aug 2014
Selamat Berangkat Ke Dunia Baru
Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh abang saya Rahim bin Ahmad yang telah pergi pada jam 8.15malam Ahad 3 Ogos 2014.
2 Aug 2014
Bang Aim di ICU
20 Jul 2014
Bukan Milik Aku Lagi
14 Jul 2014
Tumpuan Pada Novel Terpakai
Selepas 2 minggu www.jualbelibukuterpakai.biz beroperasi, Alhamdulillah dapat sambutan menggalakkan. Sudah ada beberapa repeat customer. Seperti yang dijangka, 99% jualan yang dibuat adalah novel terpakai Bahasa Melayu. Saya ada terima tawaran untuk bekerjasama dengan seseorang yang sedang berada di UK untuk membeli buku-buku terpakai di Amazon UK. Tetapi saya tidak bercadang
9 Jul 2014
Baru Separuh
4 Jul 2014
Honda Jazz Hybrid 2013 Untuk Dijual
3 Jul 2014
Mengapa Saya Buat Website Jual Buku Terpakai?
Saya rasa macam tak berapa user-friendly dan leceh kerana nak kena hubungi penjual dulu. Cuba bayangkan mphonline.com atau bookcafe.com letak syarat macam ini sebelum beli. Yang menjual di facebook pun banyak. Cuma di facebook senang sedikit sebab ada fungsi pm.
Saya cuba cari website buku terpakai yang seperti mphonline dan sebagainya tetapi tak jumpa....jadi...bling-bling.... jom buat website yang memudahkan orang untuk beli buku terpakai seperti di bawah.
2 Jul 2014
SSM Punya Sijil
28 Jun 2014
Ulang Tahun Ke 16
Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 16. Hari ini juga www.jualbelibukuterpakai.biz dibuka secara rasminya. Cita-cita saya ingin buka website tersebut dengan 1,000 buah judul tetapi hanya hampir 300 sahaja yang mampu saya senaraikan setakat ini.
Kepada yang membaca posting ini, saya ingin maklumkan anda telah layak menerima kod diskaun untuk pembelian di website yang memudahkan urusan membeli buku terpakai terutama novel terpakai. Kodnya ialah 280698 iaitu tarikh perkahwinan saya. Dengan kod ini anda akan mendapat diskaun sebanyak 20% sekiranya tempahan yang dibuat melebihi RM50.00. Tempahan anda juga layak mendapat penghantaran percuma.
Kod ini terhad kepada 10 orang sahaja dan hanya sah sehingga 26 Julai 2014 sahaja, jadi bertindaklah dengan cepat ya. Kongsikan dengan rakan anda.
23 Jun 2014
Juara Lagi
18 Jun 2014
Pening Ada Nama Melayu???
14 Jun 2014
Pelapis Kaki Pukul
10 Jun 2014
Pra Pembukaan www.jualbelibukuterpakai.biz
Tidak tahu mana nak letak buku-buku tersebut?
Rasa macam nak bakar sahaja buku-buku dengan raknya sekali?
Nak derma di perpustakaan sekolah pun tidak lagi diterima?
Nak dapat DUIT daripada buku-buku yang dah lama habis dibaca itu?
Sekiranya jawapan kepada semua soalan di atas adalah YA (terutama sekali untuk soalan yang terakhir), kami
9 Jun 2014
Kerak Nasi Yang Salah?
7 Jun 2014
Cari Rumah
6 Jun 2014
Nama Baru dan Nak Upah Orang
Sebenarnya pagi tadi semasa memandu kereta ke pejabat, kepala hotak saya ligat
5 Jun 2014
Duit Terpijak!
Screenshot di atas saya ambil daripada email Irfan Khairi (IK) yang saya subscribe. Sebiji terkena pada saya. Minggu lepas saya dapat rezeki terpijak. Hasil saya tamatkan perlindungan takaful + "simpanan" saya tempoh hari, adalah sedikit pulangan yang saya dapat balik. Tak lah rugi banyak.. kurang
2 Jun 2014
Kursus Lagi
Bulan 6 akan dilengkapkan dengan kursus ini pula. Yang istimewanya ialah tarikh kursus jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri. Inilah hadiah ulang tahun kami tahun ni.
29 May 2014
Jawab Komen Gaji dan Bil
28 May 2014
Gaji dan Bil
27 May 2014
Bil Bil Bil
Nama dan buku Azizi Ali saya dah lama tahu tapi
26 May 2014
23 May 2014
Insurans/Takaful Pendidikan Terbaikkkk
Memandangkan insurans nyawa tidak diwajibkan, maka
22 May 2014
Langkah 1F - Tamatkan Takaful Lagi
20 May 2014
Langkah 1E - Tamatkan Takaful Pendidikan
Rugi yang dimaksudkan bukanlah rugi kerana tamatkan polisi tersebut tetapi kerana rugi tidak tamatkan lebih awal dan juga rugi tidak tahu lebih awal yang takaful/insurans pendidikan hanyalah bertujuan untuk kayakan syarikat.
Amaun yang sama jika diletakkan dalam tabung haji masing-masing, dah boleh pergi haji kami semua anak-beranak serentak. Walaubagaimanapun, semoga semua wang ringgit yang hilang itu digantikan dengan pahala membantu semua yang ditimpa musibah dan mendapat bantuan dari syarikat takaful tersebut.
19 May 2014
Langkah 1D - Pemilihan Ejen
1) Paling cepat
2) Tidak tawarkan sedikit pun "kelebihan" yang lain selain daripada apa yang saya telah tetapkan.
3) Ejen sepenuh masa
Itu sahaja.
Ramai yang tamak dan gagal patuhi permintaan yang mudah.
17 May 2014
Pelan Tindakan 2014
Baru lepas selesai buat senarai Things To Do. Sengaja ambil gambar yang kabur tetapi pelan ini tidak kabur di dalam buku tindakan dan nota saya.
15 May 2014
Langkah 1C - Takaful
13 May 2014
Kena Panah
Saya belum pernah baca buku Rich Dad Poor Dad tetapi kata-kata yang saya ambil daripada apps RDPD Summary ini buat saya rasa dipanah tepat di dada. Ouchhhh!
Setakat ini tidak ada yang komplen sangat bila saya downgrade Astro kecuali Bang Ngah yang tak puas hati bakal tidak dapat menonton Piala Dunia. Saya bagi tahu dia yang perlawanan semuanya bakal berlangsung semasa waktu kita tidur dan dia terima penjelasan saya.
Kakak masih tetap gembira dengan saluran Korea dan Bang Chik serta Ziyad masih ada saluran Ceria dan Disney XD. Yang paling banyak kesan rupanya adalah saya sendiri kerana tiada lagi saluran sukan dan movie. Tak mengapalah kerana saya sendiri jarang pun tengok tv.
Ada beberapa langkah kecil yang perlu saya buat segera. Bila saya dah buat akan saya ceritakan di sini ya.
Ps - macam tulis surat pula - ada satu lagi langkah drastik yang isteri saya dok merayu jangan buat. Saya sendiri pun masih 50-50!
Langkah 2 - Astro
Demi untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan, saya telah "downgrade" pakej Astro daripada Superpack kepada Family Pack sahaja. Pengurangan yang saya dapat adalah sebanyak RM80 sebulan. Langkah ini saya anggap satu langkah yang drastik kerana Piala Dunia Brazil hanya sebulan sahaja dari sekarang! Drastik kerana semua yang kenal saya pasti tahu betapa rajinnya saya menonton siaran langsung bolasepak.
Mungkin ada yang akan membuat andaian saya sedih Liverpool gagal menjuarai BPL sehingga mendorong keputusan ini dibuat. Tidaklah. Ya saya sedih tapi tidak sampai menjadi asbab tindakan ini diambil. Liverpool juara pun saya tetap buat perkara yang sama.
Saya akan sambung balik pakej sukan Astro sekiranya "net worth" saya menjadi positif.
Semoga angka negatif sekarang akan bertukar jadi positif dengan segera kerana Liverpool akan bermain di Liga Juara Eropah. Takkan nak keluar ke kedai mamak pukul 3 pagi.
10 May 2014
Lemas Perot
Malas sungguh nak layan. Mujur hanya di ruang chat FB. Kalau diajak berjumpa ni lagi teruk barangkali. Ini yang aku kata ada ejen takaful yang tamak. Dah diberi peluang untuk dapat pelanggan yang menyerah diri, mereka cuba untuk dapatkan komisen yang lebih tinggi lagi.
Oh ya, jangan sekali-kali minta pendapat tentang sesuatu produk daripada si penjual produk tersebut.
Pengubahsuaian kepada takaful yang aku ambil adalah langkah pertama untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan. Langkah kedua lebih drastik lagi. Tungguuuuu.
9 May 2014
Langkah 1b - Takaful Lagi
Hari ini baru aku sedar yang sumbangan keluarga aku terhadap beberapa syarikat takaful adalah sebanyak RM609 setiap bulan! Sumbangan yang besar untuk pulangan yang tak seberapa pun.
Aku harap minggu depan aku dapat selesaikan urusan beli takaful perlindungan kematian sahaja yang jauh lebih murah. Sebaik sahaja polisi baru aktif, semua takaful sedia ada akan ditamatkan.
Perunding takaful/insurans biasanya adalah orang yang tamak. Orang yang tamak selalu rugi. Kenapa aku kata begitu? Lain kali aku cerita.
8 May 2014
Langkah 1 - Takaful
Sedang kumpul sebut harga perlindungan takaful atas kematian sahaja.
Terasa sangat membazir dengan pelan takaful sedia ada. Sebulan RM107.75 untuk pelindungan hanya RM75,000. Pelan ini akan ditamatkan sejurus pelan baru dibeli.
3 May 2014
Konvensyen Pejuang Hartanah
Aku adalah sebahagian daripada sejarah. Puas menyerap pelbagai ilmu sepanjang siang tadi.
Hari 1
Azizi Ali mengaku tidak pernah tengok tv.
Iron Lady juga seorang pemaju perumahan rupanya.
Sr Sulaiman dari Rahim & Co dengan statistik yang penting.
Ahyat....presentation power gila sampai semua mikrofon habis bateri.
Cr Fadzli Unic mengetuk hati.
Master Yus yang suka jual ikan.
Fauzul bagi tips penting tentang Johor.
Aku letih tapi suka.
Hari 2
Lawyer Khairul seorang penulis novel cinta
DSR penuh isi teknikal
Coach Bahar dengan impian serai pisang dan mangga
Tuan Khairudin adik ipar Mikail Ho
Rohaniah Nor yang poyo huhu
Ahyat sebagai penutup dengan kembara Eropah dan peta Greater KL
Aku?
Teringin berucap atas pentas yang sama 5 tahun dari sekarang!
18 Jan 2014
17 Jan 2014
11 Jan 2014
7 Jan 2014
6 Jan 2014
Nombor 4
Unit tengah yang menghadap timur yang tidak dibeli oleh kakitangan Sime Darby semuanya ada nombor 4.
4 Jan 2014
Garinia at Elmina
Highlighted telah dibeli oleh staf Sime. Akan dibuka kepada public pada 11 Januari 2014 secara ballot.
Setakat info yang diberi pada jam 3 petang tadi, 33 unit telah dibeli oleh staf Sime sendiri. Tidak sehebat fasa pertama jualan beberapa bulan yang lepas.
Siapa yang berminat ada masa 1 minggu lagi untuk cari RM30,000 untuk layak masuk ballot. Kalau berjaya dalam ballot, perlu selesaikan 10% harga belian dalam tempoh 3 minggu.
Sekian.